Arnold Schwarzenegger Tiada Duit, Hanya Tidur Tepi Jalan (video)

Suatu ketika dahulu, nama Arnold Schwarzenegger cukup disegani dalam pentas hiburan antarabangsa. Manakan tidak setiap filem yang bakal dilakonkannya pasti akan ditunggu-tunggu oleh peminat.

Dari Ahli Bina Badan, Pelakon Dan Gabenor California

Arnold yang memulakan karier nya sebagai ahli bina badan pada usianya 20 tahun mendapat tawaran berlakon pertamanya menerusi filem Conan The Barbarian. Filem itu berjaya menjulang namanya di pentas dunia dan terus aktif mendapat tawaran berlakon.

Antara filem beliau yang berjaya meninggalkan kesan adalah Terminator dan Total Recall. Namun pada tahun 2003, beliau mengumumkan persaraannya untuk berlakon kerana telah menjadi Gabenor di California.

Akan tetapi, setelah setahun menjadi Gabenor beliau masih lagi menerima tawaran berlakon sehinggalah berhenti menjadi Gabenor pada 2011.

Dihalau dari hotel kerana tidak lagi popular?

Menerusi sebuah video yang tular beberapa bulan yang lalu, Arnold telah memberi mesej kepada orang ramai mengenai “time has changed“. Di dalam video tersebut, telah diperkatakan bahawa beliau dahulunya telah membuka sebuah hotel berhadapan dengan tugunya. Ketka itu terdapat sebuah bilik yang sememangnya disediakan untuk beliau yang membolehkannya datang bila – bila masa sahaja.

Namun setelah tidak lagi berkuasa di California dan mahu menginap disini, beliau tidak lagi mempunyai akses untuk menginap disini secara percuma.Malah pihak pengurusan hotel juga menyuruh beliau membayar wang penginapan jika mahu menginap di hotel tersebut.

Berang akan dengan tindakan tersebut, Arnold membuat provokasi dengan tidur beralaskan beg tidur di hadapan tugunya. Adakah benar insiden ini berlaku? Kerana individu ini cukup terkenal dan bagaimanakah beliau boleh ‘dihalau’?

Ternyata berita tersebut adalah palsu kerana Arnold sengaja bergambar dengan keadaan sedemikan kerana mahu menyampaikan mesej kepada orang ramai. Malah di belakang tugu tersebut bukanlah hotel seperti yang dihebahkan oleh orang ramai. Bijak juga Arnold ini ya?

Sumber Chote Boss

Reply