Baru 9 Bulan Bersalin, Azad Jazmin Umum Eira Syazira Hamil Lagi

Pelakon Azad Jazmin akui bersyukur apabila mendapat tahu isterinya Eira Syazira kini hamil anak ketiganya.

Azad menerusi laman Instagram (IG) miliknya, memberitahu dia tidak menyangka menerima berita gembira tersebut.

Menerusi entri yang dikongsikan Azad memuat naik fotonya mencium perut Eira serta sekeping lagi foto alat pengesan kehamilan.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:

“Alhamdulillah… Amarra Sofea Rose n Ameisya Leanne Rose nak dapat adik? tq Allah Swt for dis unexpected news… BabyMyGolddigger ni.. hehe Tq my love @eirasyaziraofficial #mygolddigger”

Eira baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 3 Januari lalu dan kini hamil selepas sembilan bulan melahirkan.

Dua orang cahaya mata mereka adalah Amarra Sofea Rose, 4,  Ameisya Leanne Rose berusia 9 bulan.
Azad telah dihujani ucapan tahniah daripada pengikut IG yang turut gembira dengan berita tersebut.

Berikut foto-foto yang dimuat naik:

Sumber; gempak.com

Reply