Fazura Kena ‘Friendzone’ Dengan Fattah?

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai hubungan istimewa yang terjalin diantaraFattah Amin danFazura. Malah menguatkan lagi hubungan mereka, kedua – duanya saling berbalas kuntuman bunga pada sambutan ulangtahun hari lahir masing – masing.

Fattah minta peminat henti timbulkan spekulasi.

Rata-ratanya sudah mengetahui bahawa peminat Fattah dan Fazura begitu menginginkan mereka bersatu hingga ke jinjang pelamin sehingga pelbagai spekulasi telah timbul datangnya dari peminat mereka.

Menerusi sumber Mstar Online pula, Fattahmeminta untuk tidak lagi bertanyakan hal peribadi mengenai Fazura, takut kelak akan disalah tafsir sehingga timbul spekulasi lain. Tambah Fattah, mereka kini hanya berkawan baik dan selesa dengan hubungan itu.

Netizen Dakwa Fazura Kena Friendzone

Janganlah… nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tak lebih daripada itu..”

Dek kerana kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Fattah, netizen mendakwa Fazura terkena ‘friendzone’ dimana ianya merujuk kepada cinta yang bertepuk sebelah tangan. Bagi kami diHangat.com mungkin Fattah berkata demikian kerana sering diajukan soalan mengenai pelakon gol dan gincu itu.

Malah menurut Fazura sebelum ini, beliau juga selesa berkawan dengan Fattah dan tidak menolak kemungkinan jodohnya dengan sesiapa sahaja asalkan lelaki tersebut mampu menjaga dan membimbingnya ke arah kebaikan.

Sumber:hangat.com

Reply