Inilah gambar muka saya semasa breakout, tapi dah pulih selepas jalani rawatan RM300’ – Kepada Anak Gadis Terutamanya Yang Gemarkan Bersolek Bagai,Sila Baca Dan Hadamkan Sekali

Hi semua. Disebabkan ramai yang mesej saya lagi dan tanya macam mana muka saya boleh okay semula, jadi kali ini saya bagi anda semua tengok gambar-gambar semasa muka saya breakout.

Dalam post ini, saya juga akan menjawab soalan-soalan yang anda selalu tanya. Jadi sila baca dan selepas ini jangan ada pula yang mesej tanya soalan-soalan yang sama. Rajinkan diri untuk baca perkongsian ini.

1. Buat treatment di mana?

Saya buat treatment dengan Doktor Meena di Klinik Doktor Fauzi, Alor Setar, berdepan dengan UTC Kedah.

2. Apa nama treatment yang awak buat dan berapa kosnya?

Chemical Peeling Treatment dan kos rawatan untuk saya adalah RM150. Tetapi itu bergantung juga dengan masalah kulit yang dihadapi. Tidak semua harga sama dan dapat rawatan yang sama. Kalau di Kuala Lumpur, harganya lain pula. RM150 adalah harga di Kedah.

3. Berapa kali awak buat treatment?

Saya buat dua kali sahaja dan saya lakukan dalam masa sebulan. Jumlah keseluruhan kos untuk rawat muka bebas dari jerawat (bukan parut) adalah RM300.

4. Sakit tak masa buat rawatan itu?

Mestilah sakit sebab Doktor Meena sapukan asid dalam 35% untuk matikan semua jerawat di muka. Tetapi tak apa, boleh tahan. Beauty is pain, kan?

5. Berapa lama masa yang diambil untuk pulih?

Untuk hilangkan masalah kulit muka saya hanya mengambil masa dalam dua bulan sahaja. Sebab selepas rawatan yang kedua, muka saya dah bebas dari jerawat.

6. Awak guna produk apa untuk hilangkan parut?

Selepas dua bulan, muka saya dah okay dan bebas dari jerawat. Cuma nak menghilangkan parut, saya pakai Cosmoderm Cream 3,000. Mana nak dapat? Boleh dapatkan di Guardian.

7. Berapa lama parut awak hilang?

Parut saya pudar pun dalam masa sebulan dan boleh nampak beza. Tetapi pastikan awak semua kena konssten pakai krim itu siang dan malam.

8. Awak pakai skincare apa semasa muka awak masih dalam proses treatment?

Saya tak pakai apa-apa produk. Saya memang cuci muka dengan air suam sahaja sebab masa itu masih trauma lagi nak pakai apa-apa skincare sehinggalah saya cuba Cosmoderm.

9. Cosmoderm Cream 3,000 i.u itu yang mana satu? (Antara soalan yang kerap ditanya)

Kalau pergi ke Guardian, packagingnya berwarna oren. Nak lebih tepat, boleh google.

Sumber: Wanie Noordin via the reporter

Reply