KEJAM; SEBARKAN, JANGAN BAGI MAMAT NI TERLEPAS! Video: Ditumbuk Bertubi-Tubi Sebelum Disamun

ALOR SETAR – Tidak cukup begnya dirampas, seorang wanita cedera apabila ditumbuk bertubi-tubi dalam satu kejadian di sebuah kedai dobi layan di di Kulim Avenue, Kulim, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an disamun ketika sedang menggunakan perkhidmatan dobi layan diri di kedai berkenaan.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), suspek yang berpakaian sukan dan mengenakan topi keledar menghampiri mangsa yang bersendirian di dalam kedai dobi tersebut.

Suspek kemudian dilihat meminta mangsa menyerahkan beg tangannya namun wanita itu enggan, membuatkan dia ditepis sebelum ditumbuk sebanyak tiga kali oleh lelaki terbabit.

Tidak terdaya melawan suspek, mangsa yang tersemban di lantai terpaksa melepaskan beg tanggannya kepada suspek yang kemudiannya melarikan diri menggunakan motosikal jenis Honda Ex5.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir, berkata polis kini sedang giat memburu suspek yang dipercayai merupakan remaja belasan tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

sumber;  MYNEWSHUB.CC

Reply