Menemukan pinggan plastik yang telah digunakan, apa yang dilakukan gagak ini selepas itu pasti buat anda terkedu!

Haiwan mungkin tiada akal tetapi mereka punya otak yang adakalanya lebih cerdas daripada manusia. Anda terasa dengan kenyataan ini? Pedih? Tetapi itulah hakikat sebenarnya pada hari ini. Manusia yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada seluruh alam bahkan mencemari peranan itu dengan tangan mereka sendiri. Haiwan di sisi lain malah melakukan sesuatu yang lebih baik daripada bangsa manusia.

Tidak percaya? Contoh?

Sedarkah anda bahawa haiwan kadang-kadang lebih beretika, lebih berdisiplin dan lebih sensitif. Contohnya mereka juga punya kesedaran tentang alam sekitar. Mereka mungki seringkali dilihat membuat sampah, menyepahkan sampah di dalam tong sampah, tetapi tidak semua mereka begitu. Ada haiwan yang malah turut menjaga kebersihan, mengutip sampah yang dibuang oleh manusia merata-merata.

Contoh terbaik adalah gagak ini! Mengapa? Mengapa gagak yang sering dibunuh ini dikatakan contoh terbaik? Anda mahu tahu kenapa? Ini sebabnya!

Pinggan plastik yang telah dipakai dibuang merata-rata telah ditemui oleh gagak-gagak ini

Pasti ada sisa makanan di situ, makanan buat mereka…

Setelah mendapat makan tengah hari burung gagak terus membawa pinggan tersebut menggunakan paruhnya. Agak-agaknya apa yang mahu dilakukan dengan pinggan itu?


Jangan terkejut jika melihat mereka menuju ke arah tong sampah. Ya, mereka membuang sampah itu ke dalam tong sampah!

 

 

Jadi, adakah anda masih tidak ‘terasa’ dengan apa yang dilakukan gagak ini? Perbuatan gagak ini sememangnya teguran buat kita, sebuah pengajaran yang harus diingati. Jika gagak pun pandai menjaga kebersihan, kenapa tidak kita?

Sumber: perfecto.guru

Reply