Perunding Jamu Kongsi Punyalah Banyak Khasiat Daun Sirih, Ruginya Kita Tak Amalkan

Khasiat daun sirih cukup bagus bagi mak-mak yang berniat nak cantik luar dalam. Bukan hanya merawat resdung malah ada 9 lagi kebaikan yang mungkin anda tak pernah tahu. Nak tahu lebih, baca perkongsian Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh manfaat air rebusan sirih ini…

Khasiat dan 10 Petua Dari Daun Sirih

1. Membantu Masalah Resdung
Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

2. Pencuci Dan Penyegar Muka
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.

3. Mencegah Bau Ketiak
Rendam 2-3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4. Menyegarkan Dan Mencegah Bau Badan
Rebus daun sirih secukupnya untuk dibuat mandian.

5. Ubat Bisul Dan Bengkak
Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.

6. Membantu Masalah Wanita
Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.

7. Hidung Berdarah
Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

8. Masalah Gusi Dan Bau Mulut
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

9. Masalah Batuk
Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.

10. Tangas basah sirih
Rebus sirih +asam gelugor+garam+ manjakani. Wap rebusan dijadikan tangas.

Sumber: Norliza Mohd Salleh via Mingguan Wanita.

Reply