Sampai Digelar Pelacur! Joy Revfa Bagi Amaran Pada Blog Hiburan Ini

Semalam sebuah sidang media tergempar telah diadakan oleh Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa. Sidang media yang diadakan di pejabat beliau di Shah Alam, bertujuan untuk menjelaskan kembali isu ‘hubungan seks’ yang didakwa oleh sebuah portal hiburan.

Kerana Surat Taklik, Saya Dituduh Sebagai Pelacur

Menerusi sumber Rap MetroJoy dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa blog yang menyiarkan berita mengenai permohonan cerai taklik dilakukannya Julai lalu. Tambah Joy, disebabkan berita berkenaan, beliau dan anaknya menjadi mangsa fitnah sehingga ada yang menggelarkannya sebagai pelacur dan anak kandungnya sebagai anak haram.

Joy yang gagal mengawal perasaan sedih beliau turut meminta kepada wanita diluar sana untuk mempertahankan maruah dan hak diri mereka sebagai seorang isteri dan wanita.

Jangan Buat Netizen Keliru

Ketika sidang media ini dibuat, pada masa yang sama Hafiz dikatakan telah memfailkan penceraian mereka sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai pihak termasuk dari Joy sendiri yang tidak tahu menahu mengenai penceraian tersebut.

“Pihak Hafiz tidak beritahu apa-apa. Pihak media yang beritahu tadi.Apabila Hafiz bertindak demikian, ia boleh menyebabkan ramai orang keliru. Ini kerana sebelum ini dia mendakwa saya bukan isterinya. Jadi, apabila dia memfailkan perceraian, secara tidak langsung ini menunjukkan saya adalah isterinya”

Tambah Joy ketika ditanya mengenai hubungan mereka selepas ini, beliau bersyukur kerana Hafiz telah memfailkan penceraian dan akui Hafiz bukanlah seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Joy yang berkahwin dengan Hafiz pada Mei yang lalu itu turut berpendapat Hafiz bukanlah lelaki yang baik dan bertanggungjawab

“Dia gagal melindungi saya sebagai isteri. Bagi saya, dia tidak layak menjadi suami. Ini kerana dia gagal memberi nafkah batin,”

Joy Sentiasa Mahu Berdamai

Sejak tercetusnya kontroversi ini, Joy mengulas beliau sentiasa ingin mencari jalan untuk berdamai. Menurut Joy ketika sidang media itu, beliau berusaha untuk menghubungi Hafiz,namun dia tidak mengambil jalan untuk tidak mempedulikannya. Pada Selasa yang lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah memutuskan perceraian Joy dengan Mohd Rayos Abdul Rahim suami terdahulu beliau jatuh talak satu yang berlaku dua tahun lalu.

Sumber: Hangat

Reply