Sebagai tanda terima kasih kerana diberikan makanan, lihat apa yang dilakukan oleh rusa ini kepada seorang lelaki

Bukan hanya manusia, haiwan juga pandai berterima kasih dan menunjukkan penghargaan, dengan cara mereka yang tersendiri.

Seperti rusa ini gelagat lucunya yang memberikan ‘high 5’ kepada seorang lelaki telah berjaya menarik perhatian ramai.

Lelaki dari Pennsylvania itu dilihat memberi makan kepada rusa tersebut pada sebuah petang.

Sepotong roti telah dihulurkan lelaki itu kepada rusa tersebut dengan meletakkannya di atas tapak tangannya sebelum disambar haiwan itu.

Selepas menyambar roti tersebut, lelaki itu sekali lagi menghulurkan tangannya tetapi kali ini tiada roti yang diletakkan.

Melihat tangan lelaki yang kosong itu, rusa tadi terus menyentuh tangan lelaki itu dengan kakinya. Nampaknya dia memberikan ‘high 5’ kepada lelaki itu! Mungkin tanda terima kasih buat pemuda itu!

Tonton video di bawah, anda pasti akan tergelak lucu melihat gelagat rusa itu.

Kredit: Giphy

Era Baru

Reply