“Sepanjang Bermalam, Hafiz Tak Mampu Beri Nafkah Batin” – Joy Revfa

Joy Revfa (kiri) mengadakan sidang media berhubung kemelut perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun.

SHAH ALAM: Usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali Joy Revfa mendedahkan Hafiz Hamidun tidak mampu memberikan nafkah batin sebagai seorang suami.Menurut Joy, dalam perkahwinan pastinya akan ada perhubungan sebagai suami-isteri dan berlaku istimta (bermesra-mesraan antara suami-isteri) semasa dia bersama Hafiz.“Awal perkahwinan dia bermalam selama enam hari di rumah saya dan kami berbulan madu di Taiwan untuk program Astro.“Saya ingin memperbetulkan bahawa tiada istilah melakukan seks seperti yang tular di blog hiburan dan kami hanya melalui hubungan awal suami-isteri.

“Dahulu dia buat sidang media dan kata tak pernah menyentuh saya, oleh kerana itu saya rasa perlu untuk menegaskan tentang hal ini,” katanya kepada mStar Online.

Dengan Nama Allah Joy ‘Bersama’, Hafiz Kata Tidak!

Joy ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat urusan Merve di Shah Alam,  pada Khamis.

Turut hadir ialah peguam syarie mewakili Joy iaitu Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan.

Ibu dan kakaknya turut kelihatan.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 November depan untuk sebutan kes faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Sidang media turut disertai peguam dan ahli keluarga Joy.

Permohonan itu dibuat selepas Hafiz meragui perkahwinan mereka kerana semasa bernikah, tiada dokumen perceraian Joy dengan suami pertamanya disertakan.

Sementara itu, Joy memaklumkan Hafiz cuba mengelakkan diri ketika diajak berbincang mengenai status perkahwinan mereka.

Joy Buat Sidang Media, Hafiz Fail Cerai

“Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun suaminya itu tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga mereka.

“Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik,” katanya.

Dalam sidang media tersebut, Joy turut memaklumkan Hafiz berkeras ingin meneruskan perkahwinan meskipun sudah mengetahui dia masih belum menerima surat penceraian yang sah.

Malah, Hafiz berjanji untuk menyelesaikan isu penceraian terdahulunya.

Joy bersama anak hasil perkahwinan pertamanya.

“Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin.

“Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya menerima lamaran Hafiz Hamidun,” katanya.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan perceraian Joy dengan Mohd Rayos Abdul Rahim suami perkahwinan pertamanya disahkan jatuh dengan talak satu, dua tahun lalu.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dengan Datuk Ray Imran di Thailand pada 2015 dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus kini berusia tiga tahun.

 

Sumber : mstar

Reply