Tips yang perlu kita tahu apabila mencapai umur 40 tahun yang selalu kita abaikan..

Wahai sahabatku semua yg sudah capai umur 40+…

ada beberapa
nasihat baik yang pernah diberikan kepada saya,

mulai hari ini saya ingin berkongsi dan lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

*nasihat pertama#*

cubalah berbekam sekali setahun walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan.

*nasihat kedua#*

banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*nasihat ketiga#*

cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*nasihat keempat#*

kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*nasihat kelima#*

jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

*nasihat keenam#*

biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*nasihat ketujuh#*

jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*nasihat kelapan#*

banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*nasihat kesembilan#*

banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Semoga kita semakin bahagia seiring dengan peningkatan umur..

SALAM MAAL HIJRAH 1439

Reply