(video) Anda rasa manusia sahaja berdengkur? Anda salah kerana kucing juga boleh berdengkur!

Kucing merupakan satu haiwan peliharaan yang amat unik. Di samping kesetiaan, keriangan, dan kecomelannnya, kucing juga sering melakukan perkara-perkara yang aneh.

Kadang-kadang suka mengada-ngada, melayan kanak-kanak seperti anak mereka, dan mencuri apa-apa makanan tanpa rasa bersalah. Itulah kucing, kenakalannya sentiasa menjadi hiburan untuk manusia.

Dalam video di bawah, anda pasti tidak menyangka kucing yang sedang tidur nyenyak berdengkur seperti manusia.

Ya, berdengkur! Rupa-rupanya bukan manusia sahaja yang boleh berdengkur malah, si comel ini juga boleh berdengkur.

Lebih menggelikan hati, kucing ini bunyi dengkuran kucing ini adalah seperti bunyi trompet. Ayuh saksikan video di bawah dan jangan lupa kongsikan bersama teman-teman anda!

Era Baru

Source: Bet You Haven’t Heard A Cat Make This Noise Before by TdLmx on Rumble

 

Reply