(video) Comel! Buat pertama kalinya gelagat kucing padang pasir ini berjaya dirakamkan oleh kamera, spesies kucing yang sukar ditemui!

Setelah empat tahun penyelidikan yang luas dilakukan barulah anak-anak kucing baka kucing pasir akhirnya berjaya dirakam oleh kamera untuk pertama kali.

Anak-anak kucing yang berumur antara enam hingga lapan minggu telah dilihat oleh sebuah organisasi kucing yang dipanggil Panthera, yang menghabiskan kira-kira sejam mengambil gambar anak kucing sebelum menjejaki bunyi seekor kucing dewasa yang dipercayai merupakan ibu mereka.

Pasukan yang diketuai oleh ahli biologi Grégory Breton dan Dr Alexander Sliwa, mula terlihat  terlihat anak-anak kucing itu ketika mereka kembali ke kem di Sahara Maghribi pada April tahun ini. Mereka ketika itu ternampak tiga pasang mata bersinar dalam kegelapan.

“Penemuan anak kucing ini sangat mengagumkan,” kata Breton, pengarah urusan Panthera Perancis. “Kami percaya ini adalah kali pertama para penyelidik pernah mendokumentasikan kucing pasir liar di Afrika.”

Kucing pasir adalah satu-satunya spesies kucing yang hidup secara eksklusif di padang pasir. Mereka boleh ditemui di Afrika Utara, Timur Tengah, dan Asia Tengah. Mereka walau bagaimanapun agak sukar untuk didapati kerana keupayaan mereka yang luar biasa untuk mengelakkan diri daripada dikesan.

Dengan warna mereka yang seakan-akan warna pasir semakin menyukarkan mereka untuk dikesan. Tambahan lagi, kaki mereka berbulu menyebabkan mereka tidak meninggalkan jejak kaki di pasir. Mereka juga hanya bergerak di dalam kegelapan dan mereka sentiasa membersihkan diri mereka sendiri.

Kredit: Grégory Breton

  

 

Era Baru

Reply