[Video] Kucing tidak pernah sebulu dengan anjing? Lihat kucing ini ‘menyerang’ seekor anjing!

Pepatah mengatakan ‘bagai anjing dengan kucing’, bagi menggambarkan sifat manusia yang tidak boleh berbaik sesama sendiri. Tetapi adakah pepatah itu boleh dipakai pada zaman yang moden ini?

Siapa kata anjing dan kucing itu tidak boleh berbaik dan sentiasa akan mencari gaduh apabila bertembung sesama sendiri?

Itu adalah pendapat mereka yang tidak pernah tinggal bersama kedua-dua haiwan ini. Bagi anjing dan kucing yang tinggal dalam satu bumbung bersama tuan mereka yang sama, sebenarnya ada kala mereka menyerang satu sama lain, tetapi caranya amat berbeza sekali.

Contohnya dengan melihat kucing ini menyerang anjing baka Bernese Mountain yang besar ini. Cara serangannya adalah dengan kasih dan sayang. Kucing ini berasa sangat geram dengan bulu anjing ini yang sangat lebat lalu mendakap dan merapatinya tanpa rasa segan dan silu.

Anjing Bernese ini hanya mampu duduk dengan tenang sambil diusap-usap lembut oleh kucing ini. Seakan mahu mencari pasal tetapi sebenarnya kucing ini begitu menyanjungi anjing yang berlagak selamba ini.

Kucing ini tidak mahu berganjak dan berlalu pergi tetapi terus sahaja mengusik anjing ini yang bersikap amat bertimbangrasa dan menyimpan kesabarannya di tahap tertinggi.

Sangat comel. Rasanya ada anjing yang akan menjadi marah dan mahu menyambar kucing itu apabila melihat kesabaran anjing Bernese itu. Tetapi apa yang boleh dilakukan, anjing ini sudah terbiasa dan amat menyayangi kucing yang sedang membelai-belainya itu.

Bagi mereka yang berkata anjing dan kucing itu tidak sebulu, sangkaan itu rasanya sudah tersilap. Anjing dan kucing itu boleh sahaja hidup bersama dengan aman dan harmoni. Disertai kasih sayang.

Era Baru

Source: Cat Attacks Bernese Mountain Dog With Love And Affection by eugii on Rumble

Reply