(video)30 ekor kucing terbiar di bawa menaiki kereta api untuk bertemu dengan keluarga baru

Bagi penggemar kucing, anda pasti berasa sedih melihat begitu banyak kucing terbiar di luar sana bukan? Tanpa makanan dan tempat tinggal, kucing-kucing ini merempat di jalanan dan terpaksa berhadapan dengan bahaya seperti ditimpa kemalangan atau dicederakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Mujurlah masih ada pihak yang prihatin dan berniat untuk mengatasi masalah ini. Pengendali kereta api Jepun, Yoro Railway telah memutuskan untuk bekerjasama dengan Kitten Cafe Sanctuary untuk menangani isu tersebut.

Yoro Railway telah menyediakan gerabak di mana penumpang boleh berinteraksi dengan kucing-kucing terbiar yang telah diselamatkan. Sepanjang perjalanan dari Gifu’s Ogaki ke Stesen Ikeno, para penumpang boleh melakukan aktiviti seperti bermain dan mengambil gambar bersama-sama kucing tersebut.

Pihak penganjur berharap dengan adanya program seperti itu kesedaran terhadap masalah kucing terbiar di Jepun dapat dipertingkatkan. Mereka juga berharap ada di antara para penumpang yang mahu mengambil kucing tersebut dan membelanya di rumah masing-masing.

Sambutan program itu sungguh menggalakkan kerana tidak sampai satu hari, gerabak kereta api yang dipenuhi kucing itu telah ditempah oleh orang ramai.

Era Baru


erabaru

Reply