(video)Terkini:”Alhamdulilah…” – Datuk Siti Umum Hamil 4 Bulan

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza, hari ini mengumumkan beliau kini sedang hamil 4 bulan menerusi satu sidang media yang dijalankan sebentar tadi.

Datuk Siti berkata tujuan beliau mengadakan sidang media itu adalah untuk menjelaskan, terutamanya kepada peminat, mengapa dia begitu lama menyepi dari umum.

Alhamdulillah..” kata Datuk Siti Nurhaliza.

Datuk Siti yang kelihatan begitu teruja berkongsi berita gembira itu berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat selama 4 bulan lepas bagi memberi tumpuan kepada kandungannya itu.

Dalam masa yang sama, Datuk Siti juga meminta agar pihak-pihak yang berkenaan agar memahami keadaan dan fokusnya terhadap kandungan beliau.

Sebelum sidang media tersebut berlangsung, Datuk Siti Nurhaliza dan suami baru saja selesai buat kenduri kesyukuran dan solat hajat.

Tonton sidang media itu menerusi video dibawah:

Reply